08 June 2009

Peristiwa bukit Kepong

Semalam aku tengok citer bukit kepong arahan Senator Jins Shamsuddin. Thanks to TV2 coz siarkan citer ni...
Kalo bg aku tgok citer ni byk kali pon aku takkan muak.
Sedih sgt tgok citer ni..mata aku yg kering boleh jd berair..air yg bertangkung kat kelopak mata aku boleh gugur la dibuatnye...Five star aku bg kat citer ni...Sampai aku dok tutup mata la jugak nk tahan air mata..sampai hubby aku pun ckp yg dia sedih tgok perjuangan org2 dulu..
Mmmg betol ckp hubby aku, dorang berjuang habis2an..sampaikan kehabisan peluru dorang tetap lawan jugak...parang pon jd untuk menggantikan peluru yg kehabisan demi menjaga maruah Tanah Melayu..

Benci betol bile tgok ade yg menjadi tali barut parti komunis!!!

Ni ade sikit info ttg Peristiwa Bukit Kepong :

-Peristiwa ini berlaku pd 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu.

-Berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing, diselekoh sungai Muar kira-kira 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia. Pada awal 1950, balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey yg kemudiannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah.


-Peristiwa ini bermula sebelum subuh di mana penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ.

- Faktor atau penyebab pihak komunis dpt mengalahkan pihak polis dlm pertempuran di bukit kepong seterusnya mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat adalah disebabkan mereka mempunyai kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan yg ramai juga di sebabkan keadaan balai polis yang terpencil.

Tapi bg aku...polis bukit kepong tidak kalah!!! mereka tidak kalah!!! tapi mereka menang bermaruah!!! Mereka berjuang hingga ke titisan darah yg terakhir...Komunis pengecut!!! Ratusan komunis melawan 20an anggota polis? DAMN TO COMMUNISM!!!!


Mereka yang terselamat :
Anggota Polis
Konstabel Othman Yusoff (meninggal);
Konstabel Marin Abu Bakar Daud (meninggal);
Konstabel Tambahan Ahmad Khalid (meninggal);
Sarjan Haji Yusoff Rono (78 tahun pada tahun 2000, meninggal dunia pada tahun 2005)


Ahli keluarga anggota
Mariam Ibrahim - balu Konstabal Muhamad Jaafar
Zainun Muhamad - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
Abu Samah Muhammad - anak lelaki Konstabel Muhamad Jaafar
Zaleha - anak perempuan Konstable Muhamad Jaafar
Jamilah - anak perempuan Konstabel Marin Abu Bakar Daud
Hussain - anak lelaki Konstabel Marin Abu Bakar Daud
Fatimah Abdul Manan @ Timah Lawa - isteri Konstabel Hassan Osman
Pon Khalid - isteri Konstabel Marin Awang Ali
Fatimah Tuani - isteri Konstabel Hamzah Ahmad

Mereka yang gugur dalam pertempuran :



Anggota Polis
Sarjan Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)
Koperal Mohd Yassin Haji Wahab (T/KPB Bukit Kepong)
Lans Koperal Jidin Omar
Konstabel Hassan Osman
Konstabel Hamzah Ahmad
Konstabel Jaafar Hassan
Konstabel Muhamad Jaafar
Konstabel Marin Ibrahim Adam
Konstabel Abu Mohd Ali
Konstabel Abu Kadir Jusoh
Konstabel Marin Awang Ali
Konstabel Marin Basiron Adam
Konstabel Tambahan Mohd Top Lazim
Konstabel Tambahan Jaafar Arshad

Polis Bantuan
AP Samad Yatim
AP Mahmood Saat
AP Ali Akop
AP Othman Yahya

Keluarga Anggota
Allahyarhammah Fatimah Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
Hassan Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
Allahyarhammah Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali
Allahyarhammah Simah Abu - anak kepada Konstabal Abu Mohd Ali

Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis
AP Redzuan Alias
Embong Lazim
Mendiang Koh Ah Cheng


Jetty sungai muar....the ONLY thing which survived the tragedy..

"Ya Allah..tempatkan lah pejuang2 yg terkorban ini ke dalam org2 yg beriman..org2 yg bertaqwa..Al- Fatihah.."

gambar2 ini adalah ihsan dari En. M.Jeffri Razali...Thanks to En. Jeffri...

No comments:

Post a Comment